Duhai Anak
Tahukah kalian
Engkau harapan kami
Harapan penjaga dan guru
Duhai Anak
Tiada lain yang kami minta
Jagalah agamamu
Jagalah adab & tutur katamu
Senangilah hati orang tuamu
Hormatilah gurumu
Sayangilah temanmu
Duhai Anak
Nikmatilah hidupmu
Bawalah bekal ilmu
Dunia hanya persinggahan
Akhirat kekal selamanya
Duhai Anak
Kenapa kau selalu leka
Dunia hanya sementara
Kejarlah apa yang ada di depan mata
Ahhh,itu semua dunia
Betulkah?
Jika begitu
Siapakah nanti akan menjadi doktor
Menbidankan isterimu dan kamu
Siapakah yang bakal mentadbir negara nanti?
Ya kamu
Duhai Anak
Belajarlah belajarlah dan belajarlah
Berjayalah keduanya
Dunia dan juga akhirat
Guru, Pendakwah, Peguam, Doktor, Mekanik, Chef dan segala yang engkau mahu
Doa Usaha Istiqamah & Tawakal kuncinya
Duhai anak
Bukan harta yang kami harapkan
Cukup sekadar tumpang berbangga
Dan senyum gembira
Terdetik dihati
Itu anakku
anak didikku
Sayang itu Infiniti
Tiada Penghujung
Sayangkah Kalian kpd Kami?
Bakal terjawab nanti....
No comments:
Post a Comment